IRMOHIZAM IBRAHIM

Pusat hasil inisiatif Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu akan didirikan di Sabah, Johor, Perak, Sarawak, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pahang.

Pengerusi LKIM, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, kewujudannya akan membolehkan para pengguna mendapat bekalan ikan segar pada harga munasabah.

“Pusat ini juga akan membina rangkaian perniagaan yang lebih baik antara Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dengan persatuan nelayan kawasan.

“Pendekatan sebegini secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan bulanan golongan nelayan sebanyak 20 hingga 30 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis berbuka puasa LKIM bersama anak-anak nelayan di sini malam tadi.

Menurutnya, pusat tersebut juga merupakan sebahagian daripada program jihad memerangi orang tengah.

Irmohizam sebelum itu meraikan seramai 40 anak nelayan dari sekitar Pelabuhan Klang yang turut me­nerima duit raya sumbangan LKIM.