"Dengan sambutan yang menggalakkan daripada rakyat, kita akan menambah lagi bekalan ikan ini bagi pasaran seluruh negara.

"Selain mewujudkan kiosk jualan Q-Fish, kita juga bercadang meluaskan jualan menerusi pelbagai kaedah lain termasuk di Kedai Rakyat 1 Malaysia, online (dalam talian) dan menggunakan mesin vending yang ditempatkan di stesen LRT (Transit Aliran Ringan)," katanya selepas menghadiri program Jualan Sentuhan Rakyatdi pekarangan bangunan UMNO Kuala Selangor di sini, hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor berkata, buat masa ini, jualan ikan itu hanya dibuat di beberapa lokasi terpilih termasukdi pasar tani dan lokasi program Jualan Sentuhan Rakyat.

Irmohizam berkata, dengan memperluaskan lagi penjualan ikan tersebut ia dapat memberi alternatif kepada rakyat dalam mendapatkan bekalan ikan dengan harga berpatutan.

"Tujuh jenis ikan Q'Fish seperti ikan kembung, pelaling, selar yang kita tawarkan ini rasanya setanding ikan segar biasa. Selain tidak menggunakan sebarang bahan pengawet, pembungkusan ikan ini juga dijaga bagi menjamin kualitinya," katanya. - BERNAMA