Ketua Pengarah LKIM, M. Saedon Ab. Majid berkata, IBR berkenaan menunjukkan komitmen jitu dalam usaha meningkatkan kualiti dan integriti sistem penyampaian LKIM.

“Kita ingin memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka serta menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah.

“Malah, nilai integriti perlu dipupuk bermula daripada sekarang bagi memastikan keberkesanan sistem penyampaian kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis IBR di Dewan Besar LKIM, Puchong hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Samat Kasah. - UTUSAN ONLINE