KUALA LUMPUR 14 Disember 2016 2016 - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Sazally Saidi

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi berkata, diskaun tol bagi pengguna kedua-dua lebuh raya terbabit bermula pukul 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam pada hari tersebut.

“Bagi pengguna di LDP mereka akan menikmati diskaun 60 sen, manakala bagi pengguna di Lebuhraya Sprint, diskaun tol yang diberikan adalah sebanyak 20 sen.

“Diskaun ini diberikan kepada semua kelas kenderaan yang menggunakan kedua-dua lebuh raya milik Litrak,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman tersebut dan pelancaran buku ‘The LDP Story’ di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh. - UTUSAN ONLINE