Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyempurnakan majlis pecah tanah dalam tempoh masa tersebut.

“Insya Allah pembinaannya akan dilaksanakan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Bina Darulaman Berhad (BDB) di atas tanah berkeluasan 40 hektar milik Perbadanan Menteri Besar (MBI) di sini.

“Litar sepanjang 1.8 kilometer yang menelan kos RM30 juta sumbangan Kerajaan Persekutuan itu, mempunyai sembilan selekoh dan bertaraf antarabangsa. Bukan saja motosikal, malah perlumbaan kereta juga boleh diadakan di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan litar tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE