Beliau yang merupakan pelajar Universiti Bahasa Asing Tok­yo berkata, kemena­ngan yang diraihnya adalah satu perkara di luar jangkaan memandangkan itu kali pertama penyertaannya.

Lisa yang dinobatkan sebagai johan bagi kategori Antarabangsa berjaya menewaskan dua lagi peserta dalam kategori sama iaitu Ma Xiao dari China (tempat kedua) dan Rimajon Sotlikova dari Uzbekistan (tempat ketiga).

“Saya mempunyai bebe­rapa orang pensyarah yang selalu membantu untuk menguasai bahasa Melayu, antaranya ialah Puan Faridah yang sering memberi tunjuk ajar dan sokongan berterusan.

“Selain belajar bahasa Me­layu di universiti, saya juga turut membaca buku dan menonton filem Melayu bagi meningkatkan kemahiran dalam bahasa tersebut,” katanya.

Beliau ditemui selepas di­umumkan sebagai johan Per­tandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Penyampaian hadiah kepada semua pemenang edisi ke-11 penganjuran pada tahun ini disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, johan bagi kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (Pam) menjadi milik Abdul Matin Mohamed Azeem, 24, dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 
 Beliau berkata, tujuh tahun berada di Malaysia adalah antara faktor dirinya mampu me­nguasai bahasa Melayu dengan baik.

“Bagi saya, bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang sangat indah untuk dituturkan kerana lenggok bahasanya yang lembut, maka amat rugi jika tidak ambil peluang untuk mempelajarinya,” jelasnya.

Johan kategori Alam Me­layu, Noor Haqim Noor Hamiddon, 21, pula berasa lega kerana dapat mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.