Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, laluan lori sesak bermula dari Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar di sini hingga sebelum plaza tol sepanjang kira-kira 1 kilometer.

Sementara itu, laluan kenderaan ringan lancar dengan tiada sebarang kesesakan.

Bermula hari ini, kadar levi kenderaan komersial di LinKedua dikurangkan kepada RM50 berbanding kadar antara RM100 hingga RM200 sebelum ini, manakala kadar tol kenderaan komersial masing-masing dikurangkan kepada RM4.50 dan RM6 daripada RM17.10 sebelum ini.

Kenderaan kelas persendirian dikurangkan kepada RM4 daripada RM7.50, teksi RM3 daripada RM5.70 manakala bas RM4.50 daripada RM9.10 sebelum ini. - UTUSAN ONLINE