Seramai empat orang terbunuh di Bernese Oberland, kawasan di barat Switzerland yang terkenal di kalangan pelancong Britain, apabila dua runtuhan salji menghempap sekumpulan pemain ski kelmarin, menurut jurucakap polis Bernese semalam.

Polis bagaimanapun enggan memaklumkan kewarganegaraan mangsa dan berkata, cuaca buruk telah menghalang usaha mencari mangsa yang masih hilang.

Seorang doktor yang pergi untuk mengikuti usaha menyelamat dengan menaiki helikopter telah dihempap oleh runtuhan salji yang kedua dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di hospital. - Reuters