Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, pelajar tingkatan empat ini dipilih setelah berjaya memasuki sekolah berasrama penuh di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Arau.


“Pelajar asnaf itu terdiri dari Nur Fatin Hasbullah, Nurul Aliya Nazrin Zanol, Aima Mawardah Haron, Siti Nurhazirah Hazam dan Haziq Syazwan Mawardi,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis sempena Program Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang Untuk Pelajar Terbaik/Cemerlang dan Pegawas Terpilih Sekolah Menengah Negeri Perlis anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dengan kerjasama MAIPs selama tiga hari mulai hari ini di Rainbow Paradise Beach Resort Tanjung Bungah, dekat sini.


Mohd. Nazim berkata, setiap seorang pelajar ini akan menerima tajaan sebanyak RM2,453 untuk tahun 2017 dan bakal menerima tajaan sebanyak RM3,392 pada tahun 2018. 


“Jumlah keseluruhan tajaan bagi para pelajar berkenaan sebanyak RM29,225,” katanya.


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenaan menyampaikan cederamata kepada pelajar berkenaan. 


Yang turut hadir, Setiausaha YTSP, Datuk Johari Mohd Darus, Pengarah MARA Perlis, 
Lukman Hakim Hasan dan Pengetua MRSM Arau, Abdul Rahim Abdul Wahab. - UTUSAN ONLINE