Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Hasim Rusdi berkata, ia merupakan usaha bagi memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi untuk permintaan domestik selain meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.

"Jelebu misalnya, mempunyai 145 hektar tanah yang telah ditanam dengan pelbagai jenis tanaman serta pokok buah-buahan dan oleh sebab itu daerah ini dikenali sebagai destinasi buah-buahan di negeri ini.

"Selain durian, buah-buahan seperi manggis, mangga serta nanas turut dieksport ke luar negara seperti Singapura," katanya ketika berucap dalam Program 'Moh makan durian' anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jelebu, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Tan Sri Zainal Dahalan; Pengarah LPP negeri, Azizan Abdul Hamid dan Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang, Datuk Yunus Rahmat. - UTUSAN ONLINE