Polis Britain berkata, letupan itu dipercayai berlaku akibat litar pintas pada sistem pendawaian.

Menurut polis, mereka diberitahu mengenai letupan di stesen Southgate

menerusi satu panggilan telefon malam tadi.

Susulan itu, pasukan perkhidmatan kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian dan stesen terbabit ditutup kepada pengguna buat sementara.

"Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar letupan walaupun ia hanya sekadar letupan kecil. Kami juga tidak dimaklumkan jika ada mangsa mengalami kecederaan serius.

"Kami percaya ia bukan perbuatan pengganas," kata polis pengangkutan Britain menerusi satu kenyataan di Twitter. - AFP