Pada 21 hingga 25 Mac 2017 ini. Langkawi akan di penuhi oleh pelancong yang datang dari dalam dan luar negara. Ruang angkasa akan di gegarkan dengan deruman enjin jet dari pesawat yang membuat persembahan. Manakala perairan Langkawi akan di penuhi oleh kapal-kapal perang pelbagai kelas dari negara luar yang mengambil bahagian. Bermula 21 hingga 23 Mac 2017, pameran ini akan di buka kepada pelawat dagangan menakala pada 24 dan 25 Mac 2017 ia di buka kepada umum.


Pameran maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi kini memasuki edisi ke-14 sejak kali pertama di adakan pada tahun 1991 dan EN Projects (M)  Sdn. Bhd merupakan pengurus acara baharu pameran ini.

Pameran merangkumi dua aktviti utama iaitu aktiviti segmen maritim di Resorts World serta Jeti Star Cruise dan aktiviti Aeroangkasa dia dakan di Mahsuri International Exhibition Center (MIEC), LIMA ’17  di jangka akan menjadi penanda aras baru dalam edisi kali ini dengan jangkaan penglibatan lebih 500 buah syarikat pempamer dari 36 buah negara bersama 105 buah pesawat pelbagai jenis dan berdasarkan maklumat terkini hampir 51 buah kapal tentera laut pelbagai kelas dari seluruh pelusuk dunia. 

jadual-01 jadual bas

Segmen Aeroangkasa

Segmen Aeroangkasa yang bertempat di MIEF, Langkawi merangkumi ruang pameran dalam pesawat dalam dewan, pameran statik pelbagai jenis pesawat dan juga persembahan udara. LIMA ’17 kali ini menyaksikan penampilan sulung pasukan aerobatik dari Korea Selatan, Black Eagles yang akan menerbangkan pejuang KAI T-50B.

Pasukan ini terkenal dengan aksi maneuver yang berupaya membentuk lambang Korea Selatan, Taeguk, semasa melakukan persembahan udara. 

limajadual 02

Negara jiran , Indonesia  menghantar pasukan aerobatik terkenal TNI-AU Jupiter yang pasti memberikan debaran kepada para penonton dengan aksi lincah pesawat KT-1B yang di kendalikan oleh mereka. Thailand juga tidak ketinggalan untuk mempersembahkan aksi pesawat pejuang baharu mereka SAAB, Gripen.

Pada LIMA ’17, pengunjung sekali lagi berpeluang untuk melihat aksi lincah pesawat keluaran syarikat Dassault Aviation dari Perancis, Rafale. Dassault Rafale pada siri LIMA yang lalu bukan sahaja berjaya memukau penonton dengan aksi lincah pesawat pejuang yang menjadi kebanggaan negara Eropah tersebut malah kemampuan juruterbang mereka berbahasa Melayu turut menjadi tumpuan.

Apa yang pasti pengunjung turut berpeluang uantuk melihat aksi-aksi yang mendebarkan oleh pesawat pejuang Tentera Udara Di raja Malaysia SU-30MKM. Untuk makluman, juruterbang SU-30MKM tanah air telah menguasai kemahiran untuk melakukan pelbagai aksi lincah di ruang angkasa termasuklah Purgachev’s Cobra. Untuk 3 hari pertama, pertunjukkan udara akan di persembahkan sekali sehari manakala untuk 2 hari terakhir petunjukkan udara akan di persembahkan pada sesi pagi dan sesi petang.

Segmen Maritim

Segmen Maritim di Resorts World serta Jeti Star Cruise akan di buka kepada pelawat secara percuma bagi orang awam mendekati  ‘Dunia Maritim”  secara lebih dekat. Penyertaaan kapal luar negara paling banyak iaitu 17 buah kapal di sahkan akan menyertai LIMA ’17 berbanding 16 buah kapal pada edisi lepas. Jumlah keseluruhan penyertaan kapal daripada Malaysia iailah 39 buah.

Jumlah kehadiran yang besar ini akan memberikan imej positif  terhadap sambutan dan kemeriahan LIMA ’17. Pelbagai aktiviti di susun seperti Demonstrasi Bot dan UAV untuk mempamerkan keupayaan bot temput dan teknologi UAV di jangka akan menarik perhatian pengunjung yang datang.
 

kd lekiu


Pertunjukkan akan di adakan setap hari pada masa yang di tetapkan. Kapal perang juga akan di buka untu lawatan pengunjung awam. Sekurang-kurangnya 2 buah kapal akan di buka setiap hari untuk pengunjung di Jeti Star Cruise. Pelawat juaga akan berpeluang menaiki perkhidmatan feri yang di sediakan secara percuma dan di bawa melawat ke sekitar kawasan untuk melihat kapal- kapal tentera laut antarabangsa yang bersauh di Porto Malai.

Pengunjung turut berpeluang melihat acara Fleet Review yang merupakan satu acara tradisi untuk tentera laut dan di laksanakan pada hanya majlis yang istimewa. Kapal- Kapal yang hadir bukan sahaja dari dalam negara malah dari Asia dan Eropah. Tentera Laut Itali telah mengesahkan kehadiran kapal frigat baharu mereka. ITS Carabiniere ke LIMA ’17.

Angkatan laut Bangladesh, Brunei, Indonesia, Jepun dan beberapa buah negara lagi telah mengesahkan kehadiran kapal- kapal mereka ke Fleet Review. Khemah pameran dan promosi kerjaya turut di buka dari jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang dan memaparkan pelbagai maklumat mengenai TLDM.

Pengunjung juga boleh melihat persembahan istimewa TLDM di tapak khemah pameran dari Pasukan kawad senyap yang di iringi Pasukan pancaragam TLDM.

Dapatkan info terkini di laman sesawang LIMA 2017 www.limaexhibition.com dan laman media social www.facebook.com/lima.langkawi, www.instagram.com/lima_exhibition, dan www.twitter.com/LimaExhibition