Agensi berkenaan melalui kenyataan yang dikeluarkan berkata,laman-laman web Panduan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN 2017 atau Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 dibina oleh pihak-pihak yang mempunyai motif-motif tertentu.

Justeru, LHDNM menasihatkan calon-calon yang layak serta orang ramai tidak mengakses mahupun mendedahkan sebarang maklumat mereka seperti yang diminta oleh laman web berkenaan dan agensi berkenaan juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kerugian yang mungkin dialami mereka sekiranya melakukan demikian.

Alamat dan paparan Laman Web tersebut adalah seperti berikut:

http://www.examptd.info/panduan-contoh-soalan-peperiksaan-pegawai-eksekutif-lhdn/https://kerjaya.co/rujukan-soalan-peperiksaan-pegawai-eksekutif-lhdn/ http://examptd.us4.listmanage2.com/subscribe?u=05cb51b7f69689e288d60103e(amp)id=7bdfd27e13

http://kerjayamalaysia.com/contoh-soalan-peperiksaan-online-pegawai-eksekutif-gred-41-lhdn-di-malaysia/

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, satu Peperiksaan Secara Dalam Talian (Online) Memasuki Perkhidmatan Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDNM akan dijalankan pada 20 September 2017 yang diadakan dengan kerjasama dan perkongsian pengetahuan, kepakaran dan teknologi melalui platform peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Menurut LHDNM,caalon-calon yang layak menduduki peperiksaan online ini akan menerima notifikasi daripada SPA melalui sistem pesanan ringkas atau e-mel. – UTUSAN ONLINE