SABIN SAMITAH
SABIN SAMITAH

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, ia berdasarkan pertumbuhan positif dalam kutipan cukai tahun lalu yang mana pihaknya berjaya memperoleh RM123.2 bilion iaitu peningkatan sebanyak 8.15 peratus berbanding 2016.

Beliau berkata, perkara itu turut disokong oleh tahap pematuhan cukai secara sukarela dalam kalangan ma­syarakat yang sema­kin baik berikutan pelbagai program penguatkuasaan dan keseda­ran dilaksanakan agensi­nya.

“Setakat bulan Januari 2018, kutipan yang dicatat menunjukkan 30 peratus peningkatan berbanding bulan sama tahun lalu.

“Rakyat semakin sedar bahawa setiap sen dibayar adalah untuk pembangunan negara dan akhir­nya ia dipulangkan oleh kerajaan kepada mereka melalui pelbagai cara,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Fit Hasil 2018 di Akademi Percukaian Malaysia, Bangi, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya (Dasar), Datuk Noor Azian Abdul Hamid; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), Mahmood Daud; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Abdul Manap Dim dan Pengarah Akademi Percukaian Malaysia, Dr. Sotimin Muhalip.

Fit Hasil 2018 memasuki tahun ketiga penganjuran dan ia merupakan salah satu cara paling berkesan diguna pakai oleh LHDN untuk mendekati masyarakat.

Selain aktiviti senamrobik, memanah dan berkuda, agensi itu turut membuka kaunter informasi HASIL4U yang menawarkan pelbagai informasi serta perkhidmatan percukaian.

Sabin berkata, di samping mempromosikan gaya hidup sihat, edisi kali ini dirangka khas sebagai sebahagian pengisian Sambutan Hari Hasil Ke-22 pada 1 Mac depan.

“Dalam pada itu, Fit Hasil juga bertindak sebagai langkah terbaik ke arah pengurusan tekanan bagi membentuk kakitangan yang si­hat mental dan fizikal,” katanya.