Menurut kenyataan LHDN, artikel tersebut dikaitkan dengan LHDN secara tidak bertanggungjawab dan tular semata-mata bertujuan untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dengan analisis ekonomi yang tidak tepat.

“Sebelum ini artikel yang sama turut menjadikan tajuk Analisa Bajet 2017 yang turut mengaitkan LHDN sebagai sumber penulisannya.

“Daripada rekod LHDN, artikel berkenaan telah tular secara bermusim sejak tahun 2015 lagi dan beberapa penafian telah dikeluarkan oleh LHDN sebelum ini kerana ia secara sengaja mengaitkan nama LHDN,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Antara isu yang disentuh menerusi artikel berkenaan ialah bagaimana kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.

Kenyataan tersebut berkata, aduan rasmi telah dikemukakan kepada Biro Aduan Pengguna Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan sedang dalam peringkat siasatan oleh pihak berkuasa berkenaan.