Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDN, Datuk Noor Azian Abdul Hamid berkata, operasi itu menfokuskan kepada kes yang memberi impak kepada hasil dan keseriusan pihaknya mengenakan tindakan kepada pembayar cukai yang culas.


“Di Kelantan, kita telah mengesan sebanyak 145 kes iaitu 26 kes melibatkan syarikat manakala selebihnya adalah individu.


“Seramai 80 petugas daripada 12 pasukan digerakkan untuk aktiviti Luar dan Audit Meja bagi kategori pembayar cukai syarikat dan pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan perniagaan yang dikesan gagal mengemukan Borang Nyata Cukai mereka,”katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Kunjungan Mesra Hasil Berfokus Peringkat Nasional Bilangan 4/2017 Op Patuh di LHDN Cawangan Kota Bharu di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE