LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan, ia merupakan prosedur rutin yang dilaksanakan bagi tujuan mempromosikan pematuhan cukai secara sukarela, mengurangkan risiko ketirisan cukai dan memastikan sistem percukaian sentiasa dipelihara.

“LHDN ingin memberikan penjelasan mengenai e-mel daripada sebuah sekolah antarabangsa yang sedang tular dalam media sosial dan ditujukan kepada ibu bapa pelajar sekolah berkenaan.

“LHDN dengan ini mengesahkan bahawa surat yang dimaksudkan dalam e-mel berkenaan sememangnya dihantar kepada pihak pengurusan beberapa buah sekolah antarabangsa yang mengkehendaki mereka mengemukakan maklumat yang relevan kepada LHDN.

“Ia merupakan prosedur rutin yang dilaksanakan oleh LHDN bagi tujuan mempromosikan pematuhan cukai secara sukarela, mengurangkan risiko ketirisan cukai dan memastikan sistem percukaian sentiasa dipelihara,” jelas kenyataan itu di sini, semalam. - UTUSAN ONLINE