Rekod pertama ialah bagi 'kolam renang terbanyak di 643 unit resort' dan kedua 'vila atas air terbanyak di 522 unit resort' melalui penyelidikan yang telah disahkan pada 14 Oktober tahun lalu.

Majlis penyerahan plak rasmi untuk kedua-dua rekod itu telah diadakan di resort berkenaan hari ini yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin dan Pengerusi Kuala Lumpur Metro, Datuk Mat Hassan Esa.

Plak itu diserahkan oleh wakil Guinness World Records, Swapnil Dangarikar kepada Pengarah Urusan Kuala Lumpur Metro, Datuk Low Tak Fatt dan Presiden Kumpulan Hotel Lexis, Mandy Chew Siok Cheng. - UTUSAN ONLINE