Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubu­ngan itu mereka perlu mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan kementeriannya termasuk kursus pentadbiran secara profesional.

Beliau berkata, sekiranya pe­mimpin JKKK mengikuti kursus-kursus yang disediakan, mereka bukan sahaja dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kampung malah turut dilengkapi dengan kemahiran IT yang memudahkan urusan harian mereka.

“Sebagai pemimpin, semua JKKK termasuk Jawatankuasa Ke­selamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKKP) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Ke­selamatan Orang Asli hendaklah memastikan mereka tidak ketinggalan sejajar de­ngan kepesatan dunia.

“Sebagai contoh, selepas ini mereka boleh menghantar laporan hanya menggunakan internet dan cara tersebut lebih mudah dan sistematik,” katanya dalam sidang akhbar selepas Konvoke­syen Diploma Eksekutif Pemba­ngunan Luar Bandar INFRA-UCAM dan Sijil Tadbir Urus INFRA-UNIKL di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKLW, Norison Ramli; Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd. Su’ud; Pengarah Institut Kemajuan Desa (INFRA), Datuk Rubiyah Abdul Rahman dan Naib Canselor Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Datuk Dr. Faridah Ha­nam Mohd. Rashid.

Dalam majlis tersebut, 80 peserta yang terdiri daripada JKKK, JKKKP serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) menerima sijil dan diploma masing-masing.

Jelas Ismail Sabri, seiring de­ngan perkembangan tersebut pi­haknya yakin dalam jangka masa terdekat kampung-kampung bo­leh ditadbir secara profesional de­ngan prasarana yang lebih cekap seperti penggunaan digital dan teknologi.

“Ini secara tidak langsung akan menjadikan kepimpinan mereka lebih berkualiti dan berupaya membawa perubahan serta boleh menjadi sumber rujukan kepada ahli-ahli dan masyarakat,” kata­nya.

Tambahnya, menerusi kursus Diploma Eksekutif Pemba­ngunan Luar Bandar peserta menjalani kursus selama tiga bulan dan didedahkan dengan empat modul termasuk pembangunan desa, pembangunan ekonomi de­sa, pengurusan bencana serta kelestarian desa.