Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beberapa bidang tanah sudah ditawarkan untuk tujuan tersebut dan pihaknya kini dalam proses memilih yang terbaik.

“Kita menjangkakan kos pembelian tanah ini dapat diselesaikan akhir tahun ini dan berharap semuanya berjalan lancar. Ini (pembinaan Kompleks Tabung Haji) adalah impian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat jemaah haji lebih selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE