Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lelaki utamakan ibu bapa, perempuan utamakan suami

Tidak ada nas syarak yang menetapkan perlu beraya di rumah ibu bapa suami atau di rumah ibu bapa isteri terlebih dahulu.

SUZANA GHAZALI

Namun menurut Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, jika mengambil kira darjat ketaatan, anak lelaki tetap perlu utamakan ibu bapa walaupun telah berkahwin.

“Bagaimanapun tidak boleh sampai menganiayai isteri. Bagi anak perempuan pula, ketaatan perlu diutamakan kepada suami selepas berkahwin.

“Namun, Islam adalah agama yang adil untuk semua termasuk wanita berstatus isteri dan ibu. Islam tidak mencadangkan kuasa mutlak sama ada sebagai ibu atau suami. Ketaatan dan kepatuhan kepada ibu serta suami masih tertakluk kepada syarat, tidak melanggar syariat,” katanya.

Katanya, Islam adalah agama yang adil, menganjurkan diplomasi, musyawarah dan toleransi. Lantaran, jalan terbaik mengekalkan keharmonian hubungan suami isteri serta ibu bapa dan ipar duai adalah melaksanakan giliran balik beraya.

“Giliran ini juga masih boleh disesuaikan dengan keadaan. Yang penting, laksanakan perbincangan dengan mengambil kira kepentingan bersama, bukan kepentingan peribadi sahaja.

“Bila wujud sistem yang dijadikan sebagai garis panduan, perbincangan akan lebih mudah, sekadar menentukan tempoh percutian. Malah jika perlu, ubah giliran disebabkan keadaan yang mendesak atau keperluan yang seiring dengan tarikh perayaan. Pihak yang perlu terima perubahan akan mudah faham. Paling penting, perlu berpegang kepada janji.

“Bagi memastikan perbincangan dalam keadaan harmoni, elakkan berbincang pada saat-saat akhir. Putuskan sejak awal sebagai langkah persediaan bagi merangka perjalanan, percutian dan kewangan. Utamakan matlamat perbincangan iaitu untuk berhari raya dengan ceria, bukan hanya berhari raya di kampung pilihan atau ikut giliran ditentukan sahaja.

“Raya sekali dalam setahun, rugilah kalau berhari raya dalam keadaan duka hanya kerana perbincangan isu balik beraya,” ujarnya.

Dalam pada itu, isu berebut balik raya tidak akan timbul sekiranya menantu menganggap ibu mentua dan bapa mentua seperti ibu bapa sendiri.

“Namun, ada beberapa faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku, antaranya sukar terima cara hidup keluarga mentua dari segi budaya, makanan dan perbualan.

“Ada juga hubungan yang tidak baik sebelumnya disebabkan pernah ada isu rumah tangga atau ada keluarga yang campur tangan menyebabkan rasa tidak selesa. Bagi hubungan yang tidak diterima pada awalnya, perasaan terhadap keluarga mentua bertukar jadi dendam yang disimpan,” katanya.

Namun, keadaan tersebut bukan alasan untuk tidak balik ke kampung pasangan.

“Kita yang menentukan emosi kita sendiri, bukan orang lain. Sejak awal perkahwinan, kita perlu tetapkan dalam fikiran untuk menerima ibu bapa pasangan, ahli keluarganya termasuk kampung halamannya. Kita hanya perlu terima dan usahakan untuk menyesuaikan diri,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain