Menurut pihak berkuasa, kejadian itu berlaku 10 minit selepas tahun baharu diraikan dan suspek yang dikenali sebagai Sucheep Sornsung didakwa dalam keadaan mabuk.

Sucheep dikatakan melepaskan tembakan itu kerana berang dirinya tidak diterima oleh keluarga mertuanya.

Selepas insiden tersebut, lelaki tersebut menyerahkan diri kepada polis.

Dua anak suspek yang terkorban berusia enam dan sembilan tahun manakala empat lagi mangsa dalam lingkungan usia 47 dan 71 tahun. - AFP