Anggota polis negeri Vaesterbotten, Ebbe Nyberg berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai penemuan lelaki terbabit di kawasan kejadian yang terletak lebih 1.5 kilometer dari jalan utama berdekatan pekan Umeaa.

"Seorang lelaki yang menaiki skuter salji ternampak bahagian atap kereta mangsa dan bertindak menghubungi pihak polis selepas mendapati ada orang yang terperangkap di dalam kenderaan terbabit.

"Lelaki yang berusia sekitar 40-an itu berada dalam keadaan yang sangat lemah, kelaparan dan tidak mampu bergerak serta bercakap ketika diselamatkan pasukan penyelamat dan perubatan," katanya. - AFP