MUHAMMAD NAZULA MAT NAZIR
MUHAMMAD NAZULA MAT NAZIR

Menurut kenyataan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, suspek, Muhammad Nazula Mat Nazir, 40, tidak mempunyai pekerjaan dan beralamat terakhir di Kelantan.

“Suspek sebelum ini mengaku sebagai Tengku Besar Kelantan, bagaimanapun hasil siasatan mendapati dia bukan terdiri daripada golongan kerabat mana-mana negeri.

“Dia disyaki mencederakan seorang mangsa pada 1 Julai lalu di sebuah hotel di Jalan Ampang kira-kira pukul 11 malam,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi, Inspektor S. Praveen Kumar di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran. - UTUSAN ONLINE