Dalam kejadian kira -kira pukul 4.30 petang tadi, mangsa, Ooi Choi Lim, 47, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noor Zainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku apabila kereta pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun tidak sempat membelok lalu bertembung dengan motosikal mangsa.

“Kemalangan berkenaan menyebabkan mangsa tercampak ke tengah jalan manakala motosikalnya rosak teruk,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE