Menurut jurucakap polis, lelaki itu terbunuh akibat cedera parah selepas dia mengambil sebuah objek berhampiran Stesen Varby Gard ketika akhbar harian Aftonbladet mendakwa luka mangsa diakibatkan oleh bom tangan.

Bagaimanapun polis enggan mengesahkan laporan itu selepas akhbar berkenaan tidak menyatakan sebarang sumber dalam laporan mereka.

“Terdapat objek yang meletup dengan kuat namun kami masih menunggu keputusan siasatan teknikal,” katanya. - REUTERS