Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, orang ramai yang melihat mangsa terbaring dalam kereta tersebut telah menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang bagi melaporkan kejadian itu.

“Mangsa yang berumur 40an telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang datang untuk membuat pemeriksaan. Mayat kemudian telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

“Pemeriksaan awal menunjukkan tiada unsur-unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sementara itu, pihak bomba yang mengeluarkan mayat tersebut mendapati terdapat hos bersambung dari ekzos dan memasuki ke dalam kenderaan terbabit. - UTUSAN ONLINE