Lelaki itu turut dituduh melakukan penderaan seksual ke atas anak tiri lelaki dan anak perempuan kandungnya.

Tertuduh berusia 48 tahun, yang menurut laporan media bernama Detlef S., seorang pemandu lori, menghadapi 350 pertuduhan penderaan seksual dan serangan seksual ke atas kanak-kanak di bawah umur.

Kejadian itu berlaku antara 1987 dan 2010 apabila lelaki itu disyaki mendera ketiga-tiga anaknya itu dan turut menyerahkan dua anak perempuannya kepada lelaki lain untuk ditiduri bagi mendapatkan wang.

Anak tiri perempuan itu kini berusia 27 tahun, melahirkan tujuh anak hasil hubungan dengan bapa tirinya yang kini berusia 11 hingga 15 tahun, kata peguam Katharina Hellwig. Manakala anak kelapan telah meninggal dunia.

Pihak berkuasa mengesyaki sesuatu selepas anak perempuan kandung lelaki itu, 18, menulis surat selamat tinggal kepada ibunya tetapi dihalang oleh saudara tirinya, kata Hellwig.

Lelaki itu ditangkap 10 Ogos tahun lalu dan sejak itu dia telah ditahan.

Ibunya yang berusia 50-an dijangka tampil sebagai saksi pada perbicaraan dan tiada pendakwaan dikenakan ke atas beliau, tambah Hellwig. - AFP