Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan
Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, individu kelima yang dijangkiti itu berasal dari Kampung Remun, Serian iaitu antara kampung yang diisytiharkan dalam kawasan wabak sebelum ini.

Katanya, lelaki berkenaan disahkan positif virus rabies berdasarkan keputusan ujian makmal yang diperoleh semalam.

“Pesakit ini mempunyai sejarah digigit anjing pada awal Mei lalu, namun hanya menunjukkan simptom dijangkiti apabila mengalami lemah anggota kaki, kebas, sakit belakang dan kebingungan pada 11 Julai lalu.

“Dia kemudian dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut dan disahkan positif rabies,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari, ini.

Menurutnya, empat kes sebelum ini membabitkan kanak-kanak yang kesemuanya sudah meninggal dunia baru-baru ini.

Empat mangsa berkenaan ialah dua beradik, Jackson Mazlan,4, dan kakaknya, Monica, 6, dari Kampung Paon Sungai Rimo, Serian yang meninggal dunia pada 4 Julai lalu diikuti Alicesa Lovenna, 7, dari Kampung Lebor, Serian (13 Julai) dan Florencesia Edward, 5, dari Kampung Ampungan, Serian (kelmarin).