Beliau berkata, bekas Perdana Menteri yang juga pengasas Singa­pura itu merupakan seorang negarawan yang mempunyai wawasan.

Ujar beliau, di bawah kepemim­pinan Kuan Yew yang begitu berani serta berwawasan telah memberi sumbangan yang amat besar kepada pembangunan republik itu dan rakyatnya.

“Legasinya akan dihargai oleh setiap generasi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, di sini hari ini.

Kuan Yew, 91, dilaporkan me­ninggal dunia pada pukul 3.18 pagi ini di Hospital Besar Singapura.