Pejabat Perdana Menteri berkata, Bapa Pemodenan Singapura yang berumur 91 tahun itu dimasukkan ke hospital pada 5 Februari lalu akibat penyakit tersebut.

Beliau yang mentadbir Singapura antara tahun 1959 hingga 1990, dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas kesihatannya semakin buruk.

Kenyataan yang dikeluarkan kerajaan sebelum ini menyatakan bahawa Kuan Yew terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Upacara pengebumian negara akan diadakan pada pukul 2 petang, Ahad ini di Pusat Kebudayaan Universiti, Universiti Nasional Si­ngapura.

Kuan Yew merupakan seorang daripada pemimpin paling berpe­ngaruh di Asia yang berjaya me­ngubah Singapura daripada sebuah negara mundur kepada moden.

Beliau mula mengundur diri daripada dunia politik sejak kematian isterinya, Kwa Geok Choo pada 2010.

Anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong merupakan Perdana Menteri Singapura sejak 2004. – REUTERS/AFP