Seorang peniaga kedai makan yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 30, berkata, kejadian kira-kira jam 4.20 pagi menyebabkan lebih lima unit lampu kalimantang yang dipasang di kedai makannya meletup secara tiba-tiba.

"Kejadian ini merupakan yang pertama kali berlaku sepanjang saya berniaga di kawasan ini dan ia turut merosakkan penghawa dingin, peti sejuk beku dan televisyen.

"Setakat ini kami telah menukar penghawa dingin dengan yang baharu dan menelanja belanja lebih RM 2,000 serta turut menggantikan lampu kalimantang yang meletup," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Menurutnya, dia bersama beberapa penduduk telah memberitahu perkara tersebut kepada pihak Tenaga Nasional Berhad dan akan membuat laporan polis mengenai kerosakan yang dialami akibat kejadian itu. - UTUSAN ONLINE