Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, untuk memudahkan urusan, data mengenai kesemua syarikat tersebut akan diambil daripada sistem MyGST dan dipindahkan ke dalam sistem MySST.

“Sebelum ini, terdapat 470,000 syarikat pengeluar yang berdaftar dengan sistem MyGST dan kita akan memindahkan lebih 70,000 daripada jumlah tersebut ke dalam sistem MySST secara berperingkat.

“Inisiatif ini diambil berikutan kekangan masa yang dihadapi sebelum cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan pada 1 September ini” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Sheraton Imperial, di sini hari ini.

Menurut Subromaniam, pihaknya percaya SST mampu dilaksanakan dengan sempurna sekiranya persediaan awal dilakukan. - UTUSAN ONLINE