Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lebih 600,000 KADS1M Debit-i telah dituntut

613,376 KADS1M Debit-i telah dituntut

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Sejumlah 613,376 pelajar yang menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) melalui KADS1M Debit-i telah mengambil kad tersebut sehingga 28 Ogos lalu.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, seramai 279,990 pelajar yang masih belum mengambil kad tersebut perlu segera berbuat demikian sebelum 30 September.

“Sekiranya berstatus layak, pelajar boleh mengunjungi cawangan yang dipilih semasapermohonan dilakukan untuk mengambil KADS1M Debit-i dengan membawa bersamakad pengenalan dan kad pelajar berserta salinan.” ujarnya.

Menurut kenyataan lagi itu lagi, para pelajar boleh menyemak status permohonan menerusi https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/.

Pada pembentangan Bajet 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi program KADS1M yang menggantikan baucar buku 1 Malaysia bagi meningkatkan keberkesanan pemberian bantuan kerajaan kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain