Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Asri Yusoff berkata, berdasarkan kepolisan moden, setiap balai polis seharusnya mempunyai minimum 35 anggota dengan OCS sekurang-kurangnya berpangkat Deputi Superintenden.

“Apa yang berlaku sekarang 65 peratus daripada keseluruhan 791 balai polis di seluruh negara mempunyai kurang anggota dan ada balai di Sabah dan Sarawak yang hanya mempunyai empat hingga lima anggota.

“Kebanyakan OCS daripada balai polis berkenaan juga hanya berpangkat sarjan hinggq sub inspektor,” katanya pada majlis perasmian Balai Polis Tanjung Kupang di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE