Naib Presiden (Usaha Niaga Tenaga) TNB, Datuk Nor Azman Mufti berkata, kerja-kerja tapak untuk projek solar berkapasiti 50 me¬gawat (mW) itu juga sedang rancak berjalan, merangkumi aktiviti utama seperti struktur bagi panel solar selain penanaman kabel bawah tanah 132 kilovot (kV) dan fiber optik sepanjang 10 kilometer (km).

Kata beliau, kerja-kerja pembinaan pencawang 132kV dan pusat kawalan (control room) juga sedang dilaksanakan.

Projek LSS dilaksanakan oleh anak syarikat TNB iaitu TNB Sepang Solar Sdn. Bhd. di tapak seluas 98 hektar di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor. - UTUSAN ONLINE.