Kira-kira 2,000 peserta daripada 95 kontinjen mewakili pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri, pasukan keselamatan, universiti serta parti politik terlibat dalam perarakan dan perbarisan.

Raja Muda Kedah, Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Raja Puan Muda Kedah, Tengku Maliha Tengku Ariff berkenan menyertai sambutan bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa itu.

Yang berangkat sama, Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani; Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Pu­teri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tengku Sarafudin Badlishah Tunku Sallehuddin. - UTUSAN ONLINE