Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, Asisten Komisioner Redzuan Abdul Hamid berkata, dengan kemudahan telefon pintar, mereka dapat membantu melaporkan kejadian dan memberikan maklumat dengan pantas serta jelas.

Melalui aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi Play Store ataupun App Store bagi pengguna IPhone, laporan boleh dibuat dengan kiriman gambar, video dan percakapan di samping lokasi insiden untuk  memudahkan tindakan segera diambil.

"Kita mensasarkan ahli VSP  akan mencecah seramai 50,000 ahli menjelang hujung tahun ini," katanya pemberita selepas melakukan rondaan sempena Hari Kesedaran Jenayah bersama masyarakat Cina di Dataran Kampung Cina di sini hari ini.  

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd, Rafar dan Pengerusi MCA negeri, Datuk Toh Chin Yaw.

"VSP membolehkan orang awam melaporkan tentang salah laku atau aktiviti jenayah yang mereka saksikan berserta gambar, video, audio dan koordinat lokasi kejadian pada waktu sebenar kepada Polis Diraja Malaysia untuk dinilai sama ada memerlukan tindak balas segera atau susulan,"ujarnya.

Katanya, lokasi sarang penagihan dadah dan kesalahan trafik seperti memandu secara melulu dan kegiatan lumba haram merupakan antara laporan tertinggi yang diterima menerusi aplikasi itu.

"Ada juga maklumat lain yang kita terima  melibatkan gangguan seksual melalui panggilan telefon yang dilaporkan oleh mangsa menggunakan VSP dan kita kenal pasti pesalah menerusi nombor telefon mereka, "ujarnya lagi. - UTUSAN ONLINE