MOHAMMAD RAZIN ABDULLAH
MOHAMMAD RAZIN ABDULLAH

Menurutnya, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berjaya menangkap dan mendakwa seramai 240 individu atas pelbagai kesalahan berkaitan kad pengenalan yang tidak teratur sepanjang 2017.

“Kesinambungan kejayaan itu diteruskan dengan penahanan dan pendakwaan ke atas 73 individu lagi bagi tempoh awal tahun ini sehingga 28 Februari lepas atas kesalahan yang sama.

“JPN juga komited untuk membenteras masalah kad pengenalan palsu di negara ini melalui perancangan program penguatkuasaan untuk mensasarkan sindiket, ejen, dan pengguna kad pengenalan palsu,” katanya ketika berucap pad majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPN di sini hari ini.

Majlis meraikan dan penyerahan anugerah kepada 347 penerima itu yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.

- BERNAMA