Beliau berkata, jumlah kes yang ditadbir itu boleh menjejaskan pro­duktiviti sete­rus­nya pendapatan negara dalam jangka masa panjang.

“Ia harus dita­ngani dengan le­bih­ cekap oleh jabatan berke­naan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

LIEW VUI KEONG
LIEW VUI KEONG 

Kenyataan itu berikutan la­watan kerjanya ke Perak sema­lam bagi melihat keperluan pe­nam­­bahbaikan infrastruktur ke­­mudahan Jabatan Bantuan Gu­­aman, Insolvensi Ma­lay­sia dan Mahkamah Tinggi Ipoh.

Beliau berkata, antara yang boleh dilakukan ialah me­nge­mas kini data sedia ada ser­ta membuat kunjungan ke atas penghutang un­tuk­ mengetahui per­­­­­­ma­salahan di sam­­­ping memberi pan­­­­duan dalam me­nga­­tasi hutang me­re­ka.

Mengenai peng­hutang yang te­lah meninggal du­nia­ namun tiada pem­beritahuan ke­pada pihak ja­batan, Vui Keong meminta waris ke­lu­arga terbabit­ me­maklumkan kepada Jabatan Insolvensi bagi mem­bolehkan data kes dikemas kini.

Katanya, wujud kekeliruan apabila waris dikatakan akan menanggung beban hutang penghutang, termasuk rampasan ke atas harta peninggalan.

Katanya, maklumat tersebut kurang tepat dan seharusnya pihak waris datang ke pejabat Insolvensi untuk penjelasan lanjut.

Dalam kenyataan yang sama, Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Anas Ahmad Zakie berkata, jumlah kes kebankrapan yang ditadbir dari 2014 sehingga 2018 adalah sebanyak 95,105 kes.

Katanya, antara punca utama kebankrapan berlaku meliputi pinjaman peribadi (27.76 peratus), sewa beli kenderaan (24.73 peratus), pinjaman perumahan (14.09 peratus) dan kad kredit (9.91 peratus).

Lima negeri yang mempunyai kes kebankrapan tertinggi dalam tempoh sama adalah Johor (13,346 kes), Selangor (24,648 kes), Kuala Lumpur (11,774 kes), Pulau Pinang (6,832 kes) dan Perak (5,809 kes), katanya. – BERNAMA