Program anjuran Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu itu bertujuan memohon pertolongan daripada Allah bagi menghadapi cabaran fitnah dan serangan yang bersilih ganti terhadap parti itu termasuk dalam isu menerima wang sebanyak RM90 juta daripada UMNO.

Solat hajat itu diimamkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Terdahulu, aturcara majlis dimulakan dengan solat Isyak berjemaah yang diikuti munajat, solat hajat perdana serta ucapan daripada Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Antara pemimpin yang hadir ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri yang juga Yang Dipertua Pas Marang, Yahaya Ali; Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri, Satiful Bahri Mamat. - UTUSAN ONLINE