Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lebih 22,000 muflis

Pengetahuan pengurusan kewangan masih rendah

Hassan Said (kiri) dan Azaddin Ngah Tasir bertukar dokumen selepas
Hassan Said (kiri) dan Azaddin Ngah Tasir bertukar dokumen selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman AKPK dan UITM di Shah Alam, Selangor, semalam. Ihsan UiTM

SHAH ALAM 13 Mac - Pengetahuan pengurusan kewangan rakyat negara ini masih rendah dan disebabkan itu seramai 22,581 individu berusia 25 hingga 34 tahun di­­­­isy­ti­­harkan muflis.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Azaddin Ngah Tasir berkata, daripada jumlah tersebut, 1,157 individu adalah berusia bawah 25 tahun.

‘‘Kebanyakan yang muflis ini golongan muda dan mereka tidak dapat membezakan di antara keperluan dengan kehendak sehingga akhirnya mereka dibebani dengan bebanan hutang.

‘‘Malah, berdasarkan statistik AKPK sendiri, 175,336 telah mengikuti Program Pengurusan Kredit (DMP) dengan lebih 25,000 adalah individu berusia 20 hingga 30 tahun,’’ katanya.

Azaddin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara AKPK dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said

Dalam pada itu, Hassan berkata, kerjasama di antara UiTM dan AKPK bertujuan mendidik golo­ngan muda terutama pelajar universiti tentang pentingnya pendidikan kewangan.

Jelasnya, pengurusan kewangan di peringkat universiti penting ke­rana banyak masalah berkaitan kewangan timbul di­sebabkan kegagalan menguruskannya dengan baik.

‘‘Melalui kerjasama ini, kita me­numpukan kepada aspek kokurikulum dan kokurikulum tambahan. Bagi kokurikulum, dua modul boleh dipilih mahasiswa sama ada pengurusan asas atau lanjutan.

‘‘Bagi kokurikulum tambahan pula kita akan memperbanyakkan aktiviti melalui ceramah dan kempen untuk memberikan kesedaran kepada semua warga UiTM,’’ katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain