Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan lain bagi membantu membawa masuk mereka ke negara ini sebelum bulan Ramadan ini bagi membantu meringankan krisis kemanusiaan di sana.

“Usaha ini dibuat selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lalu untuk membawa sebanyak 3,000 pelarian Syria ke negara ini.

“Pihak MyCare menjangkakan membawa masuk kira-kira 150 pelarian Syria dari Lubnan manakala, NGO Syrian Care pula akan membawa masuk sebanyak 100 pelarian Syria yang sedang berada di Jordan sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, namun, sebelum ini kesemua pelarian itu akan diminta menjalani saringan kesihatan dan keselamatan, sekiranya lulus mereka akan dibenarkan masuk ke negara ini. - UTUSAN ONLINE