Program anjuran Persatuan Seniman yang bermula seawal 7 pagi itu berlangsung di perkarangan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas), Ulu Klang.

Terdahulu, Salleh bersama Pengerusi Finas Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib turut menyertai senaman zumba bersama para peserta sebelum acara larian dimulakan.

Presiden Seniman, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata program yang julung kali dianjurkan itu bertujuan membantu artis yang kurang bernasib baik.

“Menerusi program dengan kerjasama Finas ini, kita dapat mengumpul dana yang mana setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM60 untuk baju, medal dan sijil.

“Program hari ini juga memberi peluang kepada artis dan orang ramai untuk berjumpa secara lebih dekat dan kita juga akan mengadakan pelbagai program seperti program hari raya dan Hari Seniman yang melibatkan artis dan orang ramai,” katanya.

Selain larian amal sejauh 5 kilometer dan 10 kilometer tersebut, Zed Zaidi berkata pihaknya turut mengadakan jualan produk tempatan, aktiviti senam robik seperti zumba dan cabutan bertuah. - BERNAMA