Seorang kakitangan JANM berkata, setiap hari orang ramai akan menunggu seawal pukul 4.30 pagi untuk membuat semakan WTD.

Katanya, lebih 2,000 orang akan datang setiap hari untuk membuat semakan namun pihaknya hanya boleh menerima 300 orang.

“Had jumlah orang yang diterima itu berikutan sistem pengurusan WTD kini yang agak perlahan disebabkan kita telah membuka sistem pengurusan itu di seluruh negara.

“Sebelum ini semakan hanya boleh dibuat di sini jadi tiada masalah untuk terima berapa ramai orang pun,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ditanya mengenai prosedur semakan yang agak rumit, beliau berkata, ia bagi memastikan semakan dapat dibuat dengan telus.

“Bukan mahu menyusahkan orang ramai kerana kakitangan juga perlu bekerja lebih awal daripada biasa, namun kita mahu proses semakan berjalan dengan lancar.

“Orang ramai juga boleh membuat semakan di Putrajaya, Shah Alam, di setiap negeri juga ada,” katanya. - UTUSAN ONLINE