Jurucakap Agensi Pelarian PBB (UNHCR), Andrej Mahecic berkata, dianggarkan sebanyak 45,000 penduduk awam yang tiada tempat tinggal kini menetap di lapan pusat perlindungan di pinggir Damsyik.

“Sehingga kini, PBB tidak mempunyai akses untuk memasuki Ghouta Timur dan tidak mempunyai gambaran sebenar keadaan di sana.

“PBB tidak terlibat dalam proses menguruskan penempatan penduduk awam di Ghouta Timur dan keadaan itu mewujudkan kebimbangan,” katanya. – REUTERS