Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, angka itu adalah sesuatu yang mengejutkan kerana secara puratanya, sebanyak 30 kes kemalangan membabitkan penggunaan tayar celup berlaku setiap hari.

Selain itu, tambah beliau, kemalangan membabitkan kenderaan dengan lebih muatan khususnya lori turut menyumbang kepada punca kemalangan di negara ini.

“Kita perlu mengambil perhatian serius berhubung statistik ini dan ia juga berbalik kepada isu penguatkuasaan pihak berwajib.

MENTERI Kerja Raya, Baru Bian diberi taklimat operasi dan meninjau keadaan trafik di Jambatan Pulau

MENTERI Kerja Raya, Baru Bian  diberi taklimat operasi dan meninjau keadaan trafik di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN ONLINE

“Kenderaan dengan lebih muatan tidak sepatutnya berada di jalan raya, begitu juga dengan kenderaan yang menggunakan tayar celup,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Wilayah Utara Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah LLM, Datuk Aziz Abdullah.

Dalam lawatan itu, beliau turut diberi taklimat operasi dan meninjau keadaan trafik di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Menurut Baru, pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memastikan penguatkuasaan dapat dilaksanakan sekali gus mengurangkan kadar kemalangan di negara ini. – UTUSAN ONLINE