Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong berkata, pemeriksaan juga dijalankan terhadap 15 buah hotel yang menawarkan bufet Ramadan, sembilan premis pembekal bahan mentah, dua restoran dan empat kilang ais.

“Selain pemeriksaan premis makanan, sebanyak 19 sampel makanan telah diambil dan dihantar ke makmal untuk dianalisis serta 11 kompaun membabitkan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 2009.

“Pengendali makanan atau peniaga adalah diingatkab supaya sentiasa mengutamakan kebersihan bagi memastikan juadah dijual tidak tercemar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam lawatannya ke tapak bazaar Ramadan di Semabok Perdana di sini sebentar tadi.

Yang turur hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li dan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ghazali Othman.

Sementara itu, Chee Leong menasihatkan semua pengendali makanan supaya sentiasa mengamal dan mengutamakan kebersihan dan keselamatan makanan semasa menyediakan juadah bagi memastikan makanan yang disediakan adalah selamat.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya bijak memilih premis ataupun gerai makanan yang bersih apabila membeli juadah untuk berbuka puasa,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE