Kedua-dua tempat itu adalah di Pasar Pagi Batu 11,Cheras dan Pasar Pagi Sungai Chua, Kajang.

Kesemua bunga mawar itu diserahkan sendiri oleh Ketua Wanitanya, Datuk Heng Seai Kie, Ketua Wanita MCA Selangor, Datuk Ong Chong Swen dan calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil DUN Balakong, Tan Chee Teong.

Pengagihan bunga mawar di kedua-dua tempat itu mengambil masa kira-kira sejam bermula pukul 9 pagi dan menarik perhatian kebanyakan pengunjung.

Selain menyerahkan bunga mawar, Seai Kie, Chong Swen dan Chee Teong turut beramah mesra dengan komuniti setempat. -UTUSAN ONLINE