Pengerusi Jawatankuasa penganjur, Jaafar Hashim berkata, pertandingan yang mendapat pengiktirafan Kejohanan Berbasikal Antarabangsa (ICU) itu akan bermula pada 17 hingga 21 April 2019 itu.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan seramai 120 peserta dengan membabitkan 20 buah pasukan masing-masing 10 dari luar negara dan 10 dalam negara.

“Kejohanan yang dianjurkan dengan kos RM2.5 juta itu membabitkan lima peringkat dan akan bermula di Iskandar Puteri dan berakhir di Johor Bahru dengan jarak keseluruhan kira-kira 700 kilometer,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Le Tour de Iskandar yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Osman Sapian di Kota Iskandar, di sini sebentar tadi.

Jaafar berkata, laluan kejohanan itu membabitkan perjalanan dari Iskandar Puteri - Batu Pahat sejauh 134.2 kilometer, Muar - Yong Peng (172.4 kilometer), Kluang - Mersing (109 kilometer), Mersing - Bandar Penawar (141 kilometer) dan Bandar Penawar - Johor Bahru (136.4 kilometer). - UTUSAN ONLINE